Main vindictus kat malaysia 2019 | tidak lagi mustahil bahagian 1

Vindictus sebuah permainan video pc mmpog dengan genre hack and slash yang berasal dari siri terdahulu mabinogi hero.

Permainan ini hanya boleh diakses dengan Nexon dan hanya terhad kepada untuk server segelintir dari asia, eropah, utara amerika dan negara latin. Server untuk permainan ini tidak wujud untuk pemain dari asia tenggara khususnya malaysia.

Tetapi untuk peminat vindictus janganlah kecewa dan ada penyelesaian yang sesuai supaya korang dapat main vindictus ni. Ada dua cara, pertama tidak melibatkan kos dan seterusnya ramai orang tak suka ni, apa lagi korek wallet korangla.

Cara Pertama Akses Server Secara Percuma

Korang kena ingat cara percuma ni memang tak payahla fikir pasal wang nak beli atau sewa server tetapi tidak dijamin ianya berjalan lancar dan nak dapat kelajuan server yang korang nak. Sekurang-kurangnya dapat main permainan ni kira oklakan.

Nak main server percuma kena ada 2 benda ni dulu vpn gate dan bitvise. Sila download dan install kat pc korang. Buka vpn gate.

Contoh SoftEther VPN Client Manager
Kat bahagian bawah tu klik untuk buat vpn client adapter.


Lepas tu akan muncul option untuk pilihan vpn. Pilih option yg kedua dan seterusnya kena isi nama vpn. Lebih baik biarkan je dan pakai je nama vpn tu.


Kalau berjaya akan jadi mcm gambarajah kat bawah ni


Seterusnya buka bitvise korang seperti gambarajah kat bawah ni.


Lepas tu buka laman Fastssh untuk pilih server yang korang nak. Untuk vindicus server paling popular adalah dari utara amerika dan kanada. Disebabkan sever utara amerika tu penuh maka netherland jadi pilihan.


Sebelum korang pilih semak dulu warna hijau tu maksudnya masih ada ruang manakala yang merah tu korang lupakan saja. Pilih mana-mana satu dan seterusnya akan muncul mcm gambarajah kat bawah ni.



Ada 2 benda yg korang kena ingat iaitu Host IP dan Open SSH port. Kat bahagian paling bawah skali korang kena isi username dan passwod. Isi captch kalau ada dan create account. Kalau berjaya korang akan tengok mcm kat bawah ni.


Kalau tak cuba pilih server lain. Seterusnya pergi kat bitvise korang tadi tab kat bahagian Login (bukannye butang Login kat bawah tu ye), Ingat pasal Host IP dan Open SSH port tadi sila isi kat ruang Server host dan port. Untuk username dan password (benda yg korang create kat fastssh) pulak sila isi kat ruang authentication username dan password (copy je dari fastssh lagi senang). untuk Initial method sila pilih password dan sila tik kat store encrypted password in profile. Jangan Login dulu. Biarkan.

Tab pulak kat bahagian Services. Bahagian kanan tu tik Enabled dan Server Publiv IPv4 mcm kat bawah ni.



Jangan Login dulu. Pergi balik kat vpn gate korang tadi dan double klik kat VPN gate connection dan seterusnya akan memaparkan pilihan server yang korang nak. Kat fastssh tadi kalau korang pilih netherland make kat vpn gate ni kena pilih negara yang sama. Kalau korang tengok ada banyak pilihan negara dan kelajuan server. Pilih je mana satu yang korang suka. Kelajuan server negara yang korang pilih kena ikut kesesuaian kelajuan internet korang. Double klik kat server dan kalau berjaya akan jadi mcm kat bawah ni.


Dah seterusnya pergi balik kat bitvise korang dan tekan Login. Kalau tak dapat logout dulu dan cuba pilih server lain kat vpn gate tu. Kalau semuanya ok test kat browser korang ada line ke tak. Bukalah apa-apa website untuk test server tu.

Kalau semuanya ok pergi kat NEXON ni. Download nexon launcher dan install. Buat akaun baru korang (kalau belum ada). Masa tengah buat akaun, pilihan untuk negara malaysia tidak wujud maka pilihlah mana-mana negara yang korang suka. Kalau semua ok pergi kat game vindictus dalam nexon laucher. Kalau server yang korang buat sebelum ni berjaya, option untuk download game vindictus akan muncul kalau tak korang akan tengok unavailable. Kalau ada tadi sila dowload game tu (kalau nasib tak baik kelajuan dowload korang akan perlahan dan mengambil masa berjam). Happy dah.

Butang Play/Update akan muncul kalau pilih server yang betul

Karakter yang aku buat. kalau nak join cari IGN aku 
Dah selesai untuk bahagian main server percuma. Seterusnya aku nak tunjukkan bahagian yang bakal korek wallet korang plak.

**untuk memilih server terdapat laman lain yang menyediakan perkhidmatan server secara percuma seperti sshserver, interssh, neossh dan freesshtunnel. Setiap server yang korang pilih mempunyai had masa tertentu dan masa yang diperuntukkan habis korang kena buat server baru. Dan satu lagi setiap server hanya dapat buat sekali sehari  dan korang kena tunggu keesokan hari nak buat server baru.